| HOME | | PROFILE COMPANY | | CARA PESANAN | | EVENT |

Monday, April 20, 2015

HABBATUSSAUDA VS DIABETIS

Dalam satu artikel terkini yang disiarkan di dalam Journal of Endocrinology and Metabolism, para penyelidik dari Indian Council of Medical Research telah mendapati bahawa minyak habbatussauda dapat:
menyebabkan pertumbuhan semula beransur-ansur sebahagian daripada pankreas beta-sel
meningkatkan kepekatan insulin serum yang rendah
mengurangkan serum glukosa yang tinggi
Penemuan ini meyakinkan lagi bahawa nigella sativa (nama saintifik bagi habbatussauda) adalah antara beberapa bahan yang dipercayai dapat membantu melawan kedua-dua jenis penyakit diabetes.

Malah, menurut kajian itu juga, habbatussauda dapat "memperbaiki toleransi glukosa dengan effektif sebagaimana metformin, dan ia tidak menunjukkan sebarang kesan negatif dan mempunyai kadar toksik yang rendah."

Hal tersebut sudah tentulah sangat mengagumkan kerana metformin, ubat sintetik yang selalu digunakan dalam merawat penyakit diabetes jenis 2 dapat membawa kepada beberapa kesan negatif seperti:
Cirit-birit/Sembelit
Sakit kepala
Ketidakhadaman
Sakit otot
Sakit perut
Perubahan pada kuku

Secara kesimpulannya, tidak keterlaluanlah untuk saya katakan bahawa habbatussauda adalah alternatif terbaik dalam merawat penyakit diabetes.



Sumber rujukan artikel:
1. http://draxe.com/black-seed-oil-benefits/

No comments:

Post a Comment