| HOME | | PROFILE COMPANY | | CARA PESANAN | | EVENT |

Tuesday, April 21, 2015

Pengalaman dengan resdung~

Pengalaman dengan resdung~
Ubat resdung herba ini sebenarnya sudah 43 tahun (ketika info ini ditulis tahun 2014) diamalkan oleh masyarakat Muslim Kemboja.Saya diperkenalkan dengan ubat ini secara kebetulan oleh seorang rakan yang merupakan pembekal ubat ini.
Alhamdulillah,selepas sudah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah resdung,akhirnya penawar ini yang serasi dengan saya.Selepas setahun mencuba sendiri,ada rakan-rakan dan saudara mara yang turut mencuba dan menunjukkan kesan positif.Atas sebab inilah saya mengambil keputusan untuk menjual ubat ini dan sudah 3 tahun mengamalkannya.
Ubat ini juga murah dan berkesan.Tidak perlu bergantung atau konsisten makan selama-lamanya @ setiap bulan.Apa pun ianya bergantung atas tindakbalas badan seseorang dan tahap resdung yang dialami.
Ketika mula-mula mengambil ubat ini saya dah terasa kesannya dan selepas beberapa minggu dan bulan saya hanya perlu kurangkan dos.Tidak lama selepas itu,saya cuma ambil bila perlu sahaja.
Kini ubat resdung herba sentiasa ada di rumah kerana kami sekeluarga menjadikannya penawar untuk merawat bukan sahaja resdung tetapi demam,selsema,sakit kepala,pening,gatal tekak,sakit gigi,sakit telinga dan sakit mata.Ada juga pelanggan yang berkata ianya juga berkesan untuk masalah lain yang mereka hadapi antaranya sakit lutut.
Apa pun,cubalah sendiri dan rasainya.Apa yang sesuai untuk orang lain,tak semestinya sesuai untuk kita,begitulah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment